Friday 1 February 2013

#2 Apakah yang telah kita perbuatkan?

Assalamualaykum - Selamat sejahtera ke atas kamu.

Malam ini, aku sendiri lagi. Semuanya atas kemahuan diriku, tiada paksaan mahupun didorong oleh sesiapa. Sebetulnya, aku berasa aman sekali memencilkan diri tanpa ada yang mengenali siapa aku yang sebenarnya.

Bertemankan padang hijau yang terbentang luas di hadapan juga lampu limpah yang menerangi, aku duduk sambil merenung. Adapun, dikelilingi manusia di sekeliling aku, tiada langsung ia memberi kesan kerana mereka hanyalah orang asing, sama seperti aku di tempat ini.

Lalu, aku merenung jauh, memikirkan akan masa hadapan. Itu tidak merisaukan kerana masa lalu adalah kebimbangan aku. Apakah yang telah aku perbuatkan? Itulah persoalannya. Aku merasakan seolah banyak sekali perkara yang telah aku persiakan.

Apakah yang telah aku perbuatkan dengan waktu yang terhidang di hadapan aku? Dimanfaatkan atau dibazirkan, hanya aku sahaja yang tahu. Ingin menyesal seperti tiada guna. Ini pula ditangisi, hanyalah membazir air mata. Aku sedar tiada mampu waktu di ulang kembali.

Masa itu diumpamakan seperti emas. Jika dihitung, nescaya banyak sekali yang telah kehilangan dek perbuatan sendiri. Justeru, aku ingin mengajukan soalan yang sama buat kalian. Apakah yang telah kalian perbuatkan?

Apakah yang telah kita perbuatkan?

Tuesday 1 January 2013

#1 Selamat Tahun Baru!

Menjadi normaliti bagi kebanyakan daripada kita apabila datangnya tahun baru, maka berduyun-duyun manusia yang melakar azam baru. Ada pula, cuma sekadar ingin meneruskan kesinambungan azam yang telah dilakar pada tahun yang sudah agar ia menjadi realiti.

Pada aku, itu semua tidak menjadi satu masalah. Bagus bagi mereka yang punya azam. Setidak-tidaknya, mereka tahu hala tuju yang ingin dicapai. Namun, bagi mereka yang tidak berkeinginan untuk berazam, juga tidak menjadi masalah. Aku percaya, mereka punya alasan yang tersendiri berkeadaan sedemikian.

Jika ditanya apa azam aku, jawapannya cukup mudah. Cukuplah ia menjadi rahsia antara aku & Tuhan. Sekian.

P/S : Selamat Tahun Baru! Semoga berhasil menggapai apa yang kalian hajatkan!